SEJARAH PENUBUHAN

 

 
Kolej Komuniti Penampang Sabah (KKPPG), Kementerian Pengajian Tinggi adalah Kolej Komuniti ke Lapan ditubuhkan di Negeri Sabah.
Telah disempurnakan Perasmiannya oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard Gilok Dompok Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, yang juga Ahli Parlimen P174 Penampang Sabah pada 2 Mei 2013.
 
Memulakan pengoperasiannya pada 01 Julai 2013 dengan membuat persiapan dan kerja-kerja awal pengoperasian.
Terletak di alamat Lot 5-8, Blok B, Wisma Malakun, Jalan Ramayah-Putatan, 89500 Penampang, Sabah.
 
Berkedudukan diantara Pekan Dogongon dan Pekan Putatan. Berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan jarak
10 km dan 20 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.