PROGRAM

 BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

OBJEKTIF

 Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak     melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

GOLONGAN SASARAN

 Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

PERINGKAT PENGAJIAN

 Sijil

TEMPAT PENGAJIAN

 Kolej Komuniti

SYARAT
  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  3. Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  4. Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  5. Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

 Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti  masing-masing.

 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Penyelaras BKPKK Puan Dg Nurshazana Daud di talian 088-760951.

 Alamat : Kolej Komuniti Penampang
                Lot 5-8, Blok B, Wisma Malakun
                Jalan Ramayah-Putatan
                89500 Penampang, SABAH