PROGRAM

 BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

 OBJEKTIF

Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan (Keluarga B40) iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM5,249.00 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

 GOLONGAN SASARAN

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM5,249.00 dan ke bawah sahaja tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

Pelajar daripada Keluarga B40 LAYAK MEMOHON Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, kelulusan tertakluk kepada terma dan syarat tajaan.

 PERINGKAT PENGAJIAN

 Sijil

 TEMPAT PENGAJIAN

 Kolej Komuniti

SYARAT AM  Semester 1 Sijil Kolej Komuniti Sepenuh masa
  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah RM5,249 dan ke bawah sahaja.
Semester 2 Sijil Kolej Komuniti Sepenuh Masa
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah RM5,249 dan ke bawah sahaja; dan
  3. Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) semasa 2.00 dan ke atas.
 PERMOHONAN / PERTANYAAN

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Penyelaras BKPKK Puan Feuna Anasius Joitun di talian 088-760951.

 Alamat : Kolej Komuniti Penampang
              Lot 5-8, Blok B, Wisma Malakun
              Jalan Ramayah-Putatan
              89500 Penampang, SABAH